Tuesday, December 8, 2009

kebodohan aku.. a loser's mistake.

cinta itu umpama menunggu bas. apabila datang bas pertama mereka tidak naik kerana merasakan bas itu terlalu uzur. apabila bas kedua sampai di hadapan mereka, mereka senyum. bas kedua ini cantik dan menepati kehendak. sayangnya mereka tidak naik kerana bas itu sudah penuh. akhirnya, waktu bagi sampai ke destinasi semakin singkat. alam pula semakin gelap. jadi manusia yang menunggu bas tadi, tiada pilihan dan terpaksa naik bas yang ketiga. biarpun bas ketiga itu belum muncul, tetapi mereka nekad mahu menaikinya biar bagaimanapun rupa bas yang ketiga itu nanti.bas itu umpama cinta yang kita tunggu. kadangkala ada cinta yang hadir, namun kerana merasakan ia tidak sesuai dengan diri kita, kita membiarkannya terus berlalu. kemudian datang pula cinta yang kita rasa sesuai dengan hati kita, sayangnya cinta itu sudah dimiliki. kita hanya mampu melihat ia pergi. kita terus menunggu dan menuggu sehingga waktu sudah mulai lewat. usia semakin jauh dan kita mula khuatir berkenaan masa depan. risau tidak sempat ke destinasi hidup, kita nekad menaiki bas yang ketiga.

3 comments:

  1. wow~~ that's cool..gila la..aku xcaya ko wat,ko copy ktne bnda2 ni? =P haha..

    ReplyDelete
  2. pergh hariz.. mcm ni ar kwn aku.. sentimental gitu

    ReplyDelete